Tuesday, 1 August 2017


JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 


DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM 


AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN-MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM   

AHLI KUMPULAN

NORZIEYATUL FATIN FATIHAH BINTI ROSMI - 02DKM15F1061
AINA SIBIRINA BINTI ABD RASID - 02DKM15F1067
NUR AMNI HUDA BINTI AZMAN - 02DKM15F1087
NURANISHA BINTI AZMI - 02DKM15F1181

NAMA PENSYARAH

PUAN YUSIDAWATI BINTI YUSOF

DKM5E (JUN 2017)


مَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ  ”
 ”Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah akan selalu menolongnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain melakukan kerjasama dan gotong royong pada hal-hal yang diperbolehkan dalam Islam atas sesama muslim, maka Islam juga memperbolehkan pemeluknya untuk bekerjasama atau tolong menolong dalam perkara ma’ruf. Yakni, perkara-perkara tersebut tidak mencederai akidah seorang muslim dan tidak menjatuhkan ia kedalam kendali kemaksiatan. Sehingga gotong-royong dan tolong-menolong terhadap kaum non-muslim juga memiliki batasan tersendiri. Tidak bermudah-mudahan melakukan aktifitas tanpa di dasari oleh ilmu sebelumnya. Dan jadikanlah hal tersebut merupakan ladang dakwah tersendiri bagi orang beriman. Hal ini Allah tegaskan dalam firmannya,
“Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At Taubah : 6)
Kerana Islam sangat menghormati dan menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan. Sehingga dalam hal gotong-royong dimana hal tersebut membutuhkan adanya pemeran-pemeran dari agama berbeda, tetap sebagai seorang muslim kita harus berlaku adil terhadap mereka yang non-muslim. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,


“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Maaidah : 8).”

SENARAI KANDUNGAN

  • Pengenalan
  • Objektif kajian
  • Definisi
  • Kepentingan gotong-royong
  • Langkah-langkah memupuk perpaduan melalui aktiviti gotong-royong
  • Sebab-sebab pudarnya amalan gotong-royong di kalangan kaum di Malaysia
  • Isu-isu terkini mengenai gotong-royong
  • Penutup

PENGENALAN

Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas; tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.
Amalan bergotong-royong sememangnya telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya masyarakat Melayu di desa yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Kesibukan masyarakat bandar yang kerap membawa diri sendiri dan mementingkan kerjaya dan kebendaan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam amalan ini.
Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Dalam perbincangan pula, sikap bergotong-royong pun turut menguntungkan para pelajar. Jika pelajar bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk sesi perbincangan, perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar. Pengetahuan tentang tajuk yang dibincangkan juga bertambah kerana setiap pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting yang boleh dibincangkan.


Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh para pelajar bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejirananan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Memupuk budaya menyayangi alam sekitar dan bersama-sama mengekalkan kebersihan dan kecantikan alam sekitar sedia ada.

2) Mendekatkan diri pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan disamping menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama.

3) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelab dan penasihat kelab serta mewujudkan semangat berkumpulan.

DEFINISI

Gotong royong dapat diertikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat  dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan  pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikkan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan materialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG

   Kepentingan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.  
     
      Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.  
                                                             
      Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.                                         
             
    Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.                                         
    Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan dan megeratkan silatullrahim antara kaum. Perpaduan dan silatullrahim di antara kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. 


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan perumahan secara beramai-ramai.

- Menjemput jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan di rumah.

Membuat sesuatu program seperti senam robik di kawasan perumahan anda.

Hadir beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang korban semasa hari raya aidiladha.


SEBAB-SEBAB PUDARNYA AMALAN GOTONG-ROYONG DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA

Malas :
Malas ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh semua orang, oleh sebab itu, saat orang merasa malas maka apa pun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan aktiviti dalam bergotong-royong.

Kesibukan :
Tidak ada sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga mereka tidak ada waktu untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat sosial dalam kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar dan mengupah orang lain untuk melakukan kerja dalam gotong-royong.




ISU-ISU TERKINI MENGENAI GOTONG-ROYONG








PENUTUP



Kesimpulannya,aktiviti bergotong-royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.Lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi.Dengan terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh ini,negara kita lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.Selain itu, kite perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.Dalam era globalisasi ini ,sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung  dalam pepatah melayu “Bagai enau dalam belukar melepas kan pucuk masing-masing”.Jika hal ini diabaikan semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara .Ada pepatah mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh”.Silaturahim ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kekeluargaan ,sanak saudara dan kenalan rapat.Bahkan juga sahaja kekeluargaan malah hubungan bukan kekeluargaan (sedarah) juga dinama kan silaturahim.



JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM  AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN-MENGERATKAN ...